Strawberry Wonderland
Twitter vs Facebook
Isnin, 12 November 2012 | 2:46:00 PTG | 0 comments
Assalamualaikum Bloggers ! :)


Ohh ohh , dah lama gila aku tak update blog sebenarnya . so , hari ni tetiba je tangan menggatal nak menaip . hmm , tu lhaa , hari hari aku asyik mengadap Twitter , Facebook , Twitter , facebook . boring jugakk . Hari ni aku nak ubat mood sikittt , update blog ! haha . lagipun , dah lama tak terluah isi hati ni . hewhew . Macam macam masalah dah aku hadapi . emph emph , sudah menjadi lumrah kehidupan , kann ? =)

Aku agak pelik jugak sebenarnya . macam mana manusia tak boring hari hari mengadap facebook , twitter , or laman sosial yang lain . kalau aku online punn , bukan buat apa , just tengok tengok . HAHA . yang selebihnya , download lagu , cerita , games . Haha , memang hobi kott . emm , twitter memanglah best . tapi , setiap kali aku nak online twitter , mesti tenet jadi slow . kebengongan apakah ? errghh -,-' 

Facebook , kalau tak mengutuk memang tak sah ! kalau tak puas hati , face to face lha sayangg sayangg oii . ape susah . mayb cara tu boleh buat korang puas hati . MAYBE kayy ? HAHA . not sure yett . tak pernah buat . haha , well , aku mana pernah buat hal dengan orang . *banggakejap* ==' HAHA .

Okayyy . dahh , aku taknak merepek panjang panjangg . dapat update sependek ni pun , dah kira bersyukur , kayy . HAHA . emmph , kay see you soon , guys ! bye ! =)
{Petua} Menghapuskan Jerawat
Sabtu, 10 Mac 2012 | 6:33:00 PTG | 0 comments
Assalamualaikum ~ Jom Baca Petua !



  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.


    Try Okayy ?
     
     
                                                                    Kbye !
{Petua} Melansingkan Badan
| 6:27:00 PTG | 0 comments
Assalamualaikum .
Hye Dear Readers . Kali Ni , Saya Nak Kongsikan Petua . Jom !

 
  1. Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.
  2. Tumbuk segenggam cekur manis. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air itu 2 kali sehari

                                                                         
     

    Selalu buat ya ! 
     
                                                                             Kbye !

Disclaimer

Hey Haziqah here :) Do follow mine, i'll follow you back :) Please leave a feedback at my Cbox okay peeps :D

Taggie Board


Credit
Basecode by : Jaja
Template by : Afifah Hayati

Navigations Bar

About Entries